You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.
Aeon PointsinvitesFilterCloseBold Chevron DownBold Chevron UpTruckShopList Bulleticon-double-arrow-rightQuestion MarkBoxed BoxUp Arrowfacebookpinteresttwitterlinkedingoogle logoAdd to FavoritesIs a Favoriteicon-shopping-listicon-cautionicon-check-filledicon-check-markicon-checkicon-blogCheckmark BlockCheckmark Block Filledicon-arrow-down-filledicon-prop-65InfoLockclose-circle-filledclose-circleboxed-halloween-navigation-iconFacebookFacebookInstagramTwitterXLinkedInPrinterScissorsSharecopy-linktwitter-in-circlefacebook-in-circlemail-in-circledownloadBox Iconicon-shopping-bagaddicon-apple
CODE: SP5. Get 1 Indonesia Cilembu Honey Sweet Potato for only RM5! (NP: RM10.90) with minimum spend of RM30.
0
:
6
:
24
:
22
Promo code : PICKUP60. Enjoy 5% OFF max capped at RM10, with minimum spend of RM60. Code only valid for pick up at store...
39
:
6
:
24
:
22
Promo code: FREE120. Enjoy FREE DELIVERY with minimum spend of RM120. Promo code is for Express Delivery only.
0
:
6
:
24
:
22
Promo code: NOV150. Enjoy RM10 OFF with minimum spend of RM150. Promo code is for Express Delivery only.
0
:
6
:
24
:
22
Promo code: NOV250. Enjoy FREE DELIVERY + RM10 OFF with minimum spend of RM250. Promo code is for Express Delivery only.
0
:
6
:
24
:
22

myAEON2go Privacy Policy

Sila baca Notis Data Peribadi dan Privasi (“Notis”) ini dengan teliti. Dengan mengklik atau menanda “Daftar Sekarang”, “Saya bersetuju dengan Notis”, “Saya bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, pemindahan dan/atau pemprosesan data peribadi saya bagi tujuan dinyatakan di dalam, dan di bawah terma-terma dalam Notis” atau pernyataan serupa yang terdapat di halaman pendaftaran atau semasa memberi perkhidmatan kepada anda atau melawat laman web/aplikasi mudah alih kami, anda memperakui bahawa anda telah membaca dan memahami terma-terma Notis ini dan anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyimpanan, pemindahan dan/atau pemprosesan Data Peribadi anda mengikut terma-terma yang dinyatakan di bawah.

MAKLUMAT AM

1.1 - AEON CO. (M) BHD. [198401014370 (126926-H)] (“AEON”) menghormati dan menghargai privasi setiap individu dan berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Notis ini adalah disediakan dan dirumuskan selaras dengan Akta tersebut sebagai sebahagian daripada usaha AEON untuk melindungi Data Peribadi anda.

1.2 - Untuk tujuan Notis ini, “Data Peribadi” yang digunapakaikan dalam Notis ini adalah mempunyai maksud dan erti yang sama dengan tafsiran terhadap perkataan “Data Peribadi” dalam Akta tersebut dan termasuk nama, maklumat hubungan, tarikh lahir, alamat e-mel dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak kami.

1.3 - Dengan mengklik atau mendaftarkan akaun dengan kami, mengunjungi laman web/aplikasi mudah alih kami, atau mengakses perkhidmatan yang terdapat dalam laman web/aplikasi mudah alih, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda menerima amalan, syarat-syarat dan/atau polisi yang dinyatakan di Notis ini, dan anda bersetuju dan membenarkan kami untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses Data Peribadi anda.

1.4 - Notis ini adalah terpakai kepada mana-mana individu yang Data Peribadi mereka diproses oleh AEON termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggan-pelanggan, pekerja-pekerja, pembekal-pembekal dan penyewa-penyewa AEON.

1.5 - Notis ini menjelaskan bagaimana Data Peribadi anda diproses oleh AEON dan wakil atau ejen yang dibenarkan oleh AEON dan Data Peribadi anda mungkin diperolehi oleh AEON daripada pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang telah diberikan oleh anda kepada AEON, maklumat daripada pihak ketiga dan/atau maklumat yang sedia ada dalam domain awam.

PENGUMPULAN DATA PERIBADI / TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

2.1 - AEON mungkin mengumpul, menyimpan dan menggunapakai Data Peribadi anda untuk membuat dan menubuhkan akaun anda dengan AEON dalam laman web/aplikasi mudah alih atau mengunjungi atau melawat laman web/aplikasi mudah alih.

2.2 - AEON juga akan melaksanakan “Cookies” atau ciri lain untuk membolehkan kami atau mana-mana pihak ketiga yang diberi kuasa oleh AEON untuk mengumpul atau mengkongsi maklumat yang akan membantu kami untuk meningkatkan atau memperbaiki laman web/aplikasi mudah alih kami dari semasa ke semasa. “Cookies” adalah pengecam yang membolehkan kami mengenali computer atau telefon bimbit anda dan memberitahu kami bagaimana dan bila laman web/aplikasi mudah alih kami digunakan atau dilawati, oleh beberapa orang dan menjejaki pergerakan lawatan dalam laman web/aplikasi mudah alih kami. Maklumat tersebut akan digunakan untuk menjejak pergerakan anda dalam laman web/aplikasi mudah alih kami dan juga dihubungkan dengan Data Peribadi anda. Anda boleh menyahdayakan penggunaan “Cookies” dengan memilih tetapan yang sesuai pada komputer, tablet atau telefon bimbit anda, namun, dengan pilihan tersebut, anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi secara keseluruhan di laman web/aplikasi mudah alih kami.

2.3 - Antara lain, Data Peribadi anda juga akan/mungkin dikumpulkan, disimpankan atau digunakan untuk tujuan berikut (“Tujuan”):-

  • a) - menyediakan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang di bawah perniagaan AEON;
  • b) - memproseskan permohonan anda bagi mana-mana program AEON;
  • c) - membekalkan anda dengan maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti, program, produk AEON, perkhidmatan-perkhidmatan, tawaran khas, produk baru dan sebarang kemaskini;
  • d) - menjalankan tinjauan, penyelidikan, pengembangan dan penambahbaikan aktiviti, program, produk dan perkhidmatan AEON termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan untuk simpanan rekod dan statistik;
  • e) - memenuhi obligasi-obligasi kontrak AEON;
  • f) - membuat direktori, pangkalan data atau system teknologi maklumat untuk kegunaan dalaman AEON dan operasi perniagaan AEON;
  • g) - menyelesaikan sebarang pertanyaan dan aduan;
  • h) - tujuan pengambilan; dan
  • i) - bagi tujuan lain yang berkenaan atau sampingan atau lanjutan daripada operasi perniagaan harian dan dalaman AEON.

2.4 - Web Mudah Alih dan Aplikasi iOS dan Android
Kami mungkin mengumpulkan maklumat tambahan tertentu dari anda ketika anda mengakses Laman dengan peranti mudah alih atau dengan aplikasi mudah alih iOS dan Android kami ("Aplikasi myAEON2go"). Maklumat ini mungkin merangkumi lokasi, jenis peranti, pengecam peranti unik, sistem operasi mudah alih, navigasi laman web, dan lain data pengguna khusus aplikasi. Semasa data ini dikumpulkan, data dianalisis secara berkala untuk membantu kami membuat muka web mudah alih dan / atau Aplikasi myAEON2go yang lebih mesra pengguna dan menambahbaikkan pengalaman membeli-belah. Anda boleh menghadkan pengumpulan data tertentu, seperti lokasi, dan / atau memilih untuk tidak menerima pemberitahuan dari Aplikasi myAEON2go dengan mengubah pilihan tetapan pada peranti mudah alih anda dan / atau melalui halaman pengurusan akaun myAEON2go.

2.5 - Maklumat yang Dikumpulkan Secara Automatik; Iklan Berdasarkan Minat.
Apabila anda berinteraksi dengan Laman myAEON2go, iklan atau kandungan lain yang disediakan oleh pihak Aeon atau pihak ketiga, atas nama myAEON2go, melalui komputer, telefon atau peranti mudah alih anda (kami akan merujuknya sebagai "Peranti" di sepanjang Polisi), kami, dan pihak ketiga, secara automatik dapat mengumpulkan maklumat yang tidak dapat dikenalpasti secara peribadi ("non-PII") mengenai atau dari Peranti anda, seperti, tetapi tidak terhad kepada maklumat penyemakkan imbas anda pada log server kami termasuk alamat IP anda, jenis penyemak imbas, versi penyemak imbas, jenis bahasa dan versi pasangan penyemak imbas, negara dan zon waktu, URL yang merujuk pengunjung ke Laman kami, tarikh dan masa lawatan ke Laman kami, termasuk paparan halaman dan navigasi laman web, lokasi geografi, maklumat cookie (lihat di bawah), beacon web , tag piksel, cap jari peranti atau cara lain, halaman yang anda minta, tempoh aktiviti di Laman web kami, carian, corak tingkah laku membeli-belah dan pilihan, model Peranti, versi sistem operasi, pengecam peranti unik, maklumat rangkaian mudah alih dan dan jenis pembelian.

2.6 - JavaScript
Untuk mengumpulkan jenis maklumat yang dijelaskan dalam Polisi ini dan untuk melihat bagaimana anda berinteraksi dengan Laman myAEON2go, kami, atau pihak ketiga, mungkin menggunakan JavaScript atau bahasa lain untuk menghantar arahan ke Peranti anda.

PENDEDAHAN

3.1 - AEON mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada, antara lain, pihak-pihak berikut untuk Tujuan tersebut:-

  • a) - syarikat induk AEON, anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan dengan AEON;
  • b) - pemegang lesen AEON, penganjur bersama, rakan kongsi perniagaan, ejen-ejen dan pembekal perkhidmatan AEON (termasuk yang berada di luar negara);
  • c) - mana-mana perbadanan atau pihak berkuasa yang relevan;
  • d) - juruaudit dan penasihat-penasihat professional;
  • e) - mana-mana pihak menurut kepada undang-undang semasa bahawa Data Peribadi tersebut dikehendaki untuk:-
    • i. - mematuhi syarat-syarat daripada mana-mana agensi penguatkuasaan, undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
    • ii. - melindungi dan mempertahankan hak-hak dan harta AEON.
  • f) - Pekerja-pekerja daripada syarikat induk, anak syarikat AEON dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan AEON; dan
  • g) - Mana-mana pihak dan/atau perbadanan yang dianggap sesuai oleh AEON.

3.2 - Pendedahan kepada pihak-pihak yang disebutkan di atas akan dilakukan pada masa Data Peribadi anda dikumpul atau bagi mana-mana sebab lain yang berhubungan secara langsung dengan Tujuan tersebut atau pada keadaan di mana pendedahan tersebut adalah dikehendaki atau dibenarkan oleh perintah Mahkamah ataupun undang-undang Malaysia meskipun pihak-pihak tersebut berada di luar negara pada ketika itu.

KESELAMATAN DATA PERIBADI

4.1 - AEON akan berusaha untuk memastikan bahawa sebarang Data Peribadi dalam simpanan adalah terkini dan dilindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan secara tidak sengajah dan tanpa kebenaran, pengubahan atau kemusnahan. Semua Data Peribadi anda atau maklumat sensitif yang diberikan kepada kami akan dienkripsi ke dalam pangkalan data kami dan dapat diakses oleh kami untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

4.2 - AEON mungkin kerap mengemaskini dan melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk memastikan keselamatan Data Peribadi anda dari semasa ke semasa dan Data Peribadi hanya boleh diakses oleh kakitangan AEON terhad yang telah terlatih.

4.3 - Data Peribadi anda akan diproses di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan dipindahkan, disimpan atau diproses di luar negara mengikuti lokasi server dan pusat pangkalan data yang dikendalikan dari semasa ke semasa.

4.4 - Laman web/aplikasi mudah alih kami mungkin mengandungi pautan ke laman sesawang pihak ketiga . Dengan mengaktifkan pautan seperti dengan mengklik pada sepanduk pengiklan, anda akan meninggalkan laman web/aplikasi mudah alih kami dan AEON tidak ada kawalan ke atas Data Peribadi atau maklumat lain yang anda berikan kepada entiti yang lain setelah anda meninggalkan laman web/ aplikasi mudah alih kami. Sila rujuk kepada polisi privasi masing-masing dalam laman web/aplikasi mudah alih tersebut sebelum mengemukakan data peribadi anda kerana setiap laman web/aplikasi mudah alih mempunyai polisi privasi serta pengaturan keselamatan yang berbeza dan asing. AEON tidak akan menjamin keselamatan Data Peribadi dan/atau maklumat yang anda berikan di laman sesawang/aplikasi mudah alih pihak ketiga. Oleh yang demikian, AEON tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan, pengaturan keselamatan dan aktiviti laman web/ aplikasi mudah alih tersebut. Laman sesawang/aplikasi mudah alih pihak ketiga hanya untuk kemudahan anda dan oleh itu anda mengaksesnya laman web/ aplikasi mudah alih tersebut dengan risiko anda sendiri. Walaupun begitu, untuk melindungi integrity laman web/ aplikasi mudah alih kami dan laman sesawang/ aplikasi mudah alih pihak ketiga di dalamnya, anda boleh menghubungi kami untuk memberi maklum balas anda terhadap laman sesawang/aplikasi mudah alih pihak ketiga sekiranya terdapat laman web/ aplikasi mudah alih yang tidak sesuai atau pautan tertentu tidak berfungsi.

PENYIMPANAN DATA PERIBADI

5.1 - Sebarang Data Peribadi yang anda kemukakan kepada AEON akan disimpan untuk suatu tempoh masa yang dianggap sesuai oleh AEON untuk memenuhi Tujuan tersebut atau diperlukan untuk mematuhi undang-undang atau pertahanan kepentingan AEON (“Tempoh Simpanan”).

5.2 - AEON akan mengambil segara langkah yang sewajarnya untuk memadamkan dan memusnahkan Data Peribadi anda selepas tamatnya Tempoh Simpanan ataupun selepas AEON memperhentikan pemprosesan Data Peribadi anda.

HAK AKSES KEPADA DATA PERIBADI

6.1 - Selaras dengan Akta tersebut, anda boleh memohon untuk mengakses kepada dan/atau mengubahsuai dan/atau mengemaskini Data Peribadi anda tertakluk kepada yang berikut:

  • a) - membayar kepada AEON yuran pentadbiran yang mungkin akan dikenakan oleh AEON untuk memproseskan pemohonan anda; dan
  • b) - permohonan anda untuk mengakses ataupun pembetulan mungkin akan ditolak oleh AEONtanpa perlu memberikan alasan dan menurut kepada Akta tersebut.

MENARIK BALIK KEBENARAN

7.1 - Anda boleh menarik balik kebenaran anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan Data Perihadi anda dalam prosesi kami atau di bawah kawalan kami dengan menghantar permintaan anda kepada Careline kami. Harap maklum bahawa penarikan persetujuan anda mungkin menyebabkan pihak kami tidak dapat membenarkan anda mengakses ke laman web/aplikasi mudah alih kami dan kemungkinan penamatan akaun dan/atau kontrak anda.

7.2 - AEON mungkin memperhentikan pemprosesan Data Peribadi anda dalam suatu masa tempoh yang munasabah selepas AEON menerima notis anda secara bertulis untuk menarik balik Kebenaran tersebut.

TERMA-TERMA LAIN

8.1 - Setelah anda membekalkan Data Peribadi anda kepada AEON, anda telah membenarkan AEON untuk memproseskan Data Peribadi anda seperti yang dijelaskan sebelum ini (“Kebenaran tersebut”).

8.2 - Kebenaran pengunjung laman web AEON adalah dianggap telah diberikan secara sukarela terhadap mana-mana soalan, komen, cadangan dan infomasi selain daripada Data Peribadi anda yang dihantar atau dipaparkan di laman web AEON ataupun di mana-mana bahagian laman web tersebut dan yang sama adalah dianggap sebagai tidak sulit serta tidak melibatkan sebarang hak kepunyaan. AEON berhak untuk menggunakan, menghasilkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau memaparkan maklumat tersebut ke mana-mana tempat secara bebas termasuk menyerahkan maklumat tersebut ke syarikat yang berkaitan untuk pembangunan, penghasilan dan pemasaran produk dan perkhidmatan serta untuk memenuhi keperluan pelanggan.

8.3 - AEON berhak dari semasa ke semasa menambah, mengubah, atau mengemas kini Notis ini dengan memberitahu melalui surat, perkhidmatan mesej ringkas, paparan di laman web atau cara pemberitahuan lain yang dianggap sesuai oleh AEON. Sebarang penukaran, kemaskini atau pengubahan yang sedemikian akan menguatkuasakan segera setelah dipaparkan di laman web/aplikasi mudah alih kami.

8.4 - Sila ambil perhatian bahawa kalau Data Peribadi anda yang diberikan kepada AEON adalah tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, AEON mungkin tidak akan menerima permohonan atau permintaan anda untuk sebarang Tujuan tersebut.

Mascot
📣
Sign up to get the latest updates on our biggest deals!
🎉
Loading image